PENGENALAN

Nama asal kampung ini ialah Kampung Pulasan. Ia dinamakan sedemikian oleh Orang Asal yang awal mendiami sempena nama pokok pulasan yang banyak terdapat dikampung ini. Didiami oleh orang asal (asli) sekitar tahun 1920an sehingga 1940an.Lama-kelamaan kampung ini bertukar sebutan kepada Kampung Pulas sahaja.
Setelah orang asal berpindah ke kawasan lain, penempatan baru telah diwujudkan dalam lingkungan 1970 oleh pekerja-pekerja lombong dari syarikat Killing Hill Tin. Ada juga pendapatyang menyatakan bahawa penempatan baru diusahakan oleh orang Melayu sekitar tahun 1965.
Pada tahun 1987 nama Kampung Pulas ditukar kepada Kampung Seri Aman oleh JKKK dan penduduk tempatan.
Dikampung Seri Aman kebanyakan penduduknya merupakan generasi ketiga dan keempat daripada keturunan genarasi awal. Para peneroka awal kampung ini kebanyakan berasal dari Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Mereka ini kebanyakan berketurunan Jawa dan ada juga berketurunan Palembang.

Pada masa lalu, kawasan kampung ini kerap dilanda banjir kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Kelang. Walau bagaimana pun, pembinaan sistem perparitan dan kunci air telah membantu dalam menyelesaikan masalah banjir dikampung ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan